Blog Berhabuk...

Saturday, 2 November 2013

Assalamualaikum....hye!
Sapu2 skit blog ni. Punya dah lama buat, TAPI blog ini dibiarkan hampir SETAHUN. Tahu x setahun....sbb APA? M.A.L.A.S...... =,='
Muahaha....bz sgt bz xde masa iolls nk mengupdate....(kalah menteri bz nyh). (^^)v.
Anyway...blog ini bakal menjelma kembali dgn wajah baru, warna baru, org baru..eh? hehehe.

Errr...hye! this is me..mirajasin

Banyak benda nk cerita ni. Byk bnda nk dikongsi dlm blog ni....InsyaAllah. semoga dipermudahkan. 
Salam....(^^)

ISTERI SOLEHAH (^_^)

Monday, 6 February 2012

Asslamualaikum....da lama x update blog kan. heee.(^^). erm, kali ny post something pasal isteri solehah. eh! bukan nak kawin dah. cume tertarik dgn artikel ny. ny yg nak share same2. 


    Isteri Solehah
    SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT
     
    Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?” Saya menjawab, “Wardah,  kau  tentunya lebih  ‘arif  daripadaku  untuk menjawabnya...”Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling  memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini. Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim. Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya. Nabi Ibrahim     :  Siapakah kamu? Menantu            :  Aku isteri Ismail. Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? Menantu            :  Dia pergi berburu. Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? Menantu            : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak                             pernah senang dan lapang. Nabi Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya.                             Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan                             supaya   menceraikan isterinya). Menantu            :  Ya, baiklah. Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka. Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? Isteri                 :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam                            kesempitan, tidak pernah senang. Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri                 :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam                            kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah.                            Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu. Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar. Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali. Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? Menantu            :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?                             Mudah-mudahan dalam kesenangan? Menantu            :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera,                             tiada apa yang kurang. Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. Menantu            :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan                             sedikit  makanan. Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? Menantu            :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka                             dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini,                             Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah                             berkat doa Nabi Ibrahim). Nabi Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku                             kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya                             sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail). Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya. Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? Isteri                 :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya                            sepertimu. Nabi Ismail       :  Apa katanya? Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? Isteri                 :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada                            apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri                 :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu                            mengekalkan tiang pintu rumahmu. Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang                            dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku                            kekalkan. Isteri                 :  Alhamdulillah, syukur. Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran. Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7) Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
    (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
    Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.
Insyallah,  moga dpt dijadikan tauladan untuk sume. TQ. (^_^)

CHARLIE? Buat track lumba lari on my face (=,=")

Thursday, 19 January 2012

Suatu mase dulu (sem lepas, 2011) aku mgenali seekor binatang yg diberi nama, CHARLIE. aku selalu berdoa agar binatang ini tdk mnyerang kepda diri ini. U know what? charlie can kill human. Seriously, kalau die mnyerang dgn hebat nye la. TAPI, pd hakikat yg real nye.....CHARLIE adlh serangga yg dangerous dan.........aaarrrghhh! malas nk cerita. korg google la sendiri CHARLIE tu cmne. Geram2...





haa, ny la CHARLIE. Badan belang, bajet lawa la. ( xpuas hati) Ekor hujung die tu, kalau kene je kat kulit...confirm! lawa...

Daripada aku kutuk ko(CHARLIE), baik aku sumpah ko. aku sumpah ko tujuh keturunan jadi......


haa! kaya aku kalau kutuk ko hari2. ekekeke....
Then, begini la jadi nyer muka yg kene CHARLIE.....


hidung besar pulak. ekeke~

Tengok tu, tengok....hish! bole pulak die buat laluan dekat muka aku. sob3...pedih weyh, nak brnanah pun ad.   Tapi, berkat kesabaran n doa (betul nyh), alhamdullilah, da pulih... :).

Ubat yg diperlukan untuk merawat penyakit ny :-
1) ubat doktor
2) minyak gamat

Insyallah, baik....jgn pakai tgn je sapu, kotor. sebaik2 nyer pakai kapas. :) 
itu sahaja, cerita seekor CHARLIE. tq. (^_^)

Pabila free time diisi begini la jadi nye. (^_^)

~Bila kita ad mase lapang, semestinye diisi dgn berfaedah kan? ok, salah satu nye....camera time!! :D. ghahaha.
~padahal kerja byk ny...sempat mnyempatkan je kan...ape pun bole. heee....

Gadis2 Kain Batik

~Gadis2 kain batik? wow! hahaha....ny memg trademark utama la. Yg paki tdung hitam tu WANI salah sorg yg xdgr arahan sbb pkai kain batik kat bwh. =,=" kat kaki la kan. ekeke. :).




kat tingkap pun bole~ huhu. mana-mana pun bole...


and this is our guitarist....ALIA...cey2... 

lastly, our camera woman... DINA, nk awesome ke nk wow?... :)



finally, our free time diisi dgn jaya nye. hohoho. (^-^) TQ.

Knape ye OT jadi pilihan? (^_^)

Saturday, 14 January 2012

assalamualaikum....:D.
hari ini hari ahad kan? hehehe....free day, all day.  pagi tadi turun bawah, ddk dekat gezebo. hmmmpphh*hirup udara*, best nyer. sejuk nyer.....tgk org lalu lalang nak pergi exam, joging, naik moto, naik kaki<<<jln kaki la kan. huhu.


Kabus di pagi hari. Best kan?

hurm, td nga bc notes smbil ddk tu, terpikir something. knape aku pilih OT eak? OCCUPATIONAL THERAPY or lg nak pham bm die PEMULIHAN CARA KERJA. kalau org tnye, bljr kat mane? uitm puncak alam. asasi ea? x la, =,=". diploma je....kos ape? pemulihan cara kerja....huh? Occupational Therapy. ape tu? kos ny buat ape? susah x? best x? dgn bangga jwb, google eak sndiri. hahaha<<<jahat sungguh. sebab x tw nak jwab ape. susah nk explain. kdg2 explain2, x pham jgk. hehehe


amik kos ny pun kos ny pilihan ke-4 dlm byk2 mende aku senarai.  pilihan prtama of coz la dip.farmasi. yela, result yg x mngizinkan sgt, susah la dpt.  finally, kos ny jgk uitm pilih untuk aku. haila~ same with my sis. beza nyer cume sis degree n aku diploma.  x nak! nehi! x mau!.....huhu*memberontak nyh*. x best la same2...nak lain. huh! tp....skeras-keras aku menolak, sebatu-batu aku x terima.....cair jgk bila kene aksi pujuk-memujuk oleh ibu ku. heee~ yela, adik amik kos ny<<<<dgn reda nya.


org kata, xpe lah same dgn my sis kan? senang kalau nak rujuk ape2. buku2 pun bole share2. tp....aku x suke sume tu. biar la aku brdikari sndiri. biarlah aku usaha atas diri aku sndiri.  cume tu kdg2 tanye la jgk my sis bila x pham. ngeh3.....alang2 menyeluk pekasam, biar smpi ke pangkal lengan. (^_^).  then, skrang aku dah amik pun kos ny. dah msuk sem 2 pun. huu~ blaja je mira....kan? yg penting doa ibu n family.


ape2 pun usaha perlu diteruskan.  cita2 perlu digapai. Kita merancang, Allah yg menentukan. yg best nyer, caursemate pun sume best2...happy go lucky.  hahaha.....x kering gusi tgk lawak2, n gelagat diorg. :D.
anyway, wish the best for me. Amin...... (^_^)


WE ARE OCCUPATIONAL THERAPY TO BE
&
I am OCCUPATIONAL THERAPY TO BE TOO (^^)

ASSIGNMENT + TEST =,="

Thursday, 5 January 2012

Apakah perasaan anda bila dpt tw test batal? *ffuuhhh* lega atau mengeluh? aaaaargghhhh!tension tw..penat taw tdo lambat, x tdo, x rehat. mnyiapkan assignmnt satu malam tnpa tdo. haila~ rupenyer lecturer tngguhkan. ptutnyer alhamdullilah, tapi erk! aku x suka lah buat keje tu lg...huh! susah wei.....susah tw. *pegang rambut tarik kuat2*. buat bnda yg sama.....



see that~ byk je buku, tp satu buku je gune....tu pun headache tgk prkataan bi byk2 tu. =,=".


heh... :D mknn tmbhan spnjg mlm....coklat pmbekal tenaga....nescafe penongkat mata. :)

jam mnunjukkan 3.50......pg. bkn ptg....time ny mmg la sgt2 tahap memuncak penongkat mata da nk tanggal balik. ngantuk x terkata...huuu~

and the lastly, x siap jgk. satu tjuk je lg. ntah ape2 aku buat...pham x pham je. pergi kelas da lmbt.  dina n alia jln mcm lipas kudung.  aku ngn wani cool je kat blkg. ngeh3.... :D. smpi kelas, lecturer msuk...mata da kebil2. dah nk start brzikir dah...msing2.  Lastly, tgk2 alia da brzikir kat sblh aku. hehehe.....segar trus bila kene tegur ngan madam smily. alia, *blushing*. weeee~ pe2 pun....mmg kitaorg nk topup tdo blik. ok, bye2.  (^-^)

Welcome 2012 (^_^)~ my first blog

Tuesday, 3 January 2012

ahlan wasahlan semua... hihi. baru belaja2 nak buat blog sndiri. knape? ntah lah, tbe2 terasa nak ad blog.  heh~ tgk kwn2 ad blog mcm best. suke bace blog org lain. seronok bace... :D share crita mcm2, wlaupun sy ny jnis perahsia skit. hehehe. ape2 pun brmula hari ini, tahun baru ny.....sy( xde nama) merasmikan blog sy... HANASAKURA.  



sila ber tunjuk ajar bole?